Monday, May 27, 2013

Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin


Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sewaktu tempoh berkempen pilihan raya umum lalu umpama strategi 'badut'.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengikut rentak pembangkang beranggapan bahawa jumlah besar penyokong akan diterjemah ke dalam undi.

Malah Daim turut berpendapat Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas menang 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008.

Daim yang ditemubual akhbar tempatan China Press, berkata kesilapan itu adalah punca BN hilang undi pada pilihan raya umum lalu.

"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga," ujar Daim.

"Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden," katanya.

"Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu. "

Daim turut berpendapat kegagalan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga akibat salah agihan sumber peruntukan dalam usaha untuk menawan kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

"BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.

"Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti," katanya.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pulau Pinang, di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan, Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.

"Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.

"Kenapa BN benarkan program bodoh seperti ini? Rakyat terasa terhina kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk berehat, makan percuma. Ini adalah pilihan raya. Ia adalah satu perkara yang serius. Biar Anwar menjadi penghibur," kata beliau.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi negeri selepas saingan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan besar dengan mengambil baki 30 kerusi negeri.

Dalam respons kepada soalan lain, Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, graduan muda dan miskin bandar.

Daim dalam pada itu berkata kekalahan BN di Selangor adalah akibat perbalahan dan sabotaj, yang berpunca daripada salah memilih calon.

BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang 20 kerusi berbanding 2008.

"Dengan calon-calon yang tidak turun padang, mengabaikan ketua-ketua bahagian, tidak melawat ahli-ahli dan pengundi, sabotaj, anda tidak boleh menang," kata Daim.



Untuk PRU 14 jangan pening-peningkan kepala. Bermula saat ini beri tumpuan kepada 133 kerusi yang BN menang dalam PRU 13 dan tumpukan kerusi-kerusi yang kita boleh menang balik sahaja. Sebagai contoh, Temerloh, Sepang, Kuala Nerus, Dungun dan beberapa kerusi lagi. Lupakan Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya Utara, Subang, Ipoh Timur, Ipoh Barat dan kerusi-kerusi yang memang kita tak boleh menang. 

Dari segi kos atau pun tenaga ianya lebih menjimatkan apabila kita hanya memberi tumpuan kerusi-kerusi yang kita boleh menang sahaja. Jaga kawasan dan rakyat di kawasan yang kita menang agar mereka tidak lari dalam PRU 14. 

Lagi sedap jika boleh buat persempadanan semula, satukan Petaling Jaya Utara dengan Selatan dalam satu parlimen. Begitu juga Ipoh Timur dengan Ipoh Barat Barat, Subang dengan Kelana Jaya, Shah Alam satukan dengan Klang. Manakala pecahkan parlimen Pekan kepada dua tiga parlimen. Begitu juga dengan Pagoh, Gua Musang, Johor Bharu, Hulu Terengganu dan bla...bla...bla...mana-mana kerusi melayu lagi. 

Tapi itu semua hanya sekadar khayalan....tak mungkin itu semua dapat dilaksanakan kerana BN tidak ada 2/3 di Dewan Rakyat.

Ulang sekali lagi....formula untuk menang PRU 14 senang sahaja. Jaga kaum bumiputera habis-habisan dan wakil rakyat jaga kawasan mereka. Yang ada kuasa jadi menteri janganlah kedekut untuk salurkan peruntukkan atau kemudahan kepada ahli-ahli parlimen yang memerlukan di kawasan mereka. 

Fakta : BN Menang 59.91 Peratus, PAS,PKR dan DAP Hanya Menang 40.09 Peratus


Di Malaysia politik hidup sepanjang masa walaupun diluar musim pilihan raya. Ianya jadi begitu kerana ramai rakyat Malaysia yang gila dan minat dengan politik. Tapi sayangnya dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang gila politik, rupanya ramai juga yang masih bodoh. 

Dalam permainan bola sepak benda yang dicari adalah gol. Tidak ada pasukan yang bermain bola hanya untuk aku bagi bola kepada kau dan kau bagi bola kepada aku, kemudian kita tendang ke luar padang. Matlamat utama dalam permainan bola sepak adalah menjaringkan gol. Nak jaring gol kena ada peraturan. Tak boleh curi ayam dan tak boleh sumbat gol dengan tangan. Semua pemain atau peminat bola sepak seantero dunia tahu tentang perkara ini.

Begitu juga dengan politik. Perkara paling utama dalam politik adalah pilihan raya. Semua orang politik atau peminat politik perlu tahu peraturan dan sistem pilihan raya yang ada di negara ini sepertimana pemain dan peminat bolasepak tahu tentang peraturan dan sistem permainan bola sepak. 

Tapi sayangnya di Malaysia, ramai pemain politik dan peminat politik masih bodoh tentang sistem pilihan raya di negara ini. Nasib baik Anwar Ibrahim tak jadi PM. Jika tidak kita akan dapat seorang PM yang paling bodoh dalam dunia kerana sistem pilihan raya negara sendiri pun dia tak tahu. Jika dia PM, selain kita akan mendapat PM yang paling bodoh, kita juga akan menjadi negara islam tunggal dalam dunia ini yang memilih seorang pengamal homoseksual sebagai PM. Syukur Alhamdullilah kerana Allah telah menyelamatkan Malaysia daripada dipimpin oleh orang bodoh dari keturunan kaum Nabi Luth. 


Hari ini genap tiga minggu keputusan pilihan raya diketahui. Walaupun tiga minggu berlalu sawan yang dihidapi Anwar dan pengikut-pengikutnya masih belum sembuh. Mereka terus meroyan pasal undi popular. 

Mereka kata mereka menang undi popular tetapi tidak dapat memerintah....

Sejak bila pilihan raya di Malaysia pemenang ditentukan melalui undi popular ? 

Sejak pilihan raya pertama negara pada tahun 1959 Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya, simple first-past- the-post. Dimana menerusi sistem ini calon yang menang ialah calon yang mendapat undi terbanyak,walaupun dengan kelebihan satu undi sahaja.


Kita memilih wakil rakyat berdasarkan bahagian pilihan raya yang terdiri daripada 222 kerusi parlimen. Pertandingan kita adalah pertandingan merebut bahagian pilihan raya , bukannya pertandingan merebut undi popular.

Untuk parlimen daripada 222 bahagian pilihan raya yang dipertandingkan BN berjaya memenangi 133 bahagian atau 59.91 % . Sebab itu BN boleh bentuk kerajaan. BN menang apa yang dipertandingkan. Bukannya menang apa yang tidak dipertandingkan. 

Manakala PAS,PKR dan DAP hanya menang 89 bahagian pilihan raya atau 40.09 %.

Antara 59.91 % dengan 40.09 %, mana yang lebih besar ???

Orang gila pun belum tentu akan jawab 40.09 % yang lebih besar. Hanya orang bodoh seperti Anwar dan konco-konconya sahaja akan jawab 40.09 % lebih besar.


Masuk pertandingan memancing ikan, pancinglah ikan. Jangan jadi bodoh pergi pancing udang pula. Kamu dapatlah udang yang seberat 25kg pun kamu tidak akan menang. Kerana ini adalah pertandingan memancing ikan. 

Samalah dengan pilihan raya....kamu masuk pertandingan merebut kerusi, rebutlah kerusi. Berapa banyak kamu menang undi popular pun ianya tidak mendatangkan makna kerana pilihan raya di Malaysia adalah pertandingan merebut kerusi bahagian pilihan raya. 

Sistem pilihan raya kita guna pakai sama sepertimana yang dipakai di negara Britain. Di Indonesia sistemnya lain. Di sana rakyat mereka mengundi memilih parti. Manakala kita mengundi memilih calon untuk mewakili bahagian pilihan raya kita. 

Sistem yang kita gunakan inilah membuat negara kita membangun hampir serentak di segenap pelusuk negara. Lihatlah perbezaan antara negara kita dengan Indonesia. Sebab wakil-wakil rakyat  kita yang menang akan bekerja atau berjuang bersungguh-sungguh untuk membangun dan memajukan kawasan yang mereka wakili. Masing-masing nak jaga reputasi masing-masing. Jika mereka tak bekerja sungguh-sungguh maka mereka tidak lagi dipilih sebagai calon atau kalah dalam pilihan raya seterusnya. 

Thursday, May 23, 2013

Hakim Puji Polis, Siasatan Bertaraf Dunia


Akhirnya selepas bertahun turun naik mahkamah, bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga rakan subahatnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kes bunuh berprofil tinggi ini bermula sejak 4 Julai 2011 ini menampilkan 30 orang saksi pembelaan yang telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Selain mengambil masa selama 113 hari, perbicaraan kes ini juga menampilkan 108 orang saksi pendakwaan, 742 bahan bukti dikemukakan dengan lebih 6, 000 muka surat nota direkodkan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati dengan segala keterangan sepanjang perbicaraaan kes pembunuhan berlangsung.

Hakim memuji pihak polis dan peguam dengan berkata,siasatan polis ke atas kes bunuh ini bertaraf dunia dan para peguam serta pendakwa raya bersikap profesional dalam menjalankan tugas pembelaan serta pendakwaan.

Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Sebelum ini, seorang mekanik, K. Sarawanan, 22, dan U. Suresh dijatuhi hukuman penjara setelah mengaku bersalah atas tuduhan melupuskan bahan bukti iaitu abu mayat kesemua mangsa.

Sumber : Agenda Daily


Tahniah PDRM !

Wednesday, May 22, 2013

Laporan Polis: Ini Baru Betul...


Ini baru betul beb....

Dulu apa sahaja yang pembangkang tabur fitnah, baik UMNO, baik kerajaan, baik PM dan isteri sekali pun  mereka hanya biarkan sahaja fitnah dicanang. Tiada tindakan mengikut saluran undang-undang yang diambil. Baik laporan polis atau saman. 

Tapi kini tidak lagi...

Umno pun sekarang ini ada sahaja fitnah terhadap mereka terus saman. Yang terakhir adalah saman terhadap harakah dan Mustafa Ali. 

Hari ini lagi satu lagi sejarah tercipta...perkara ini dah lama ditunggu oleh orang ramai termasuklah dari kalangan penyokong-penyokong BN sendiri. 

Hari ini Pejabat Perdana Menteri telah membuat satu laporan polis berhubung satu emel layang yang mengaitkan isteri PM. 

Emel layang tersebut mendakwa isteri PM memerlukan bantuan untuk memindahkan wang beliau dari satu akaun rahsia di Switzerland. 

Perkara ini sebenarnya bukan benda baru. Saya sendiri telah menulis perkara berkenaan pada bulan Mac 2012. Lihat di sini.  Ianya dihidupkan kembali menjelang PRU 13 tempohari. Biasalah tanpa fitnah mereka tak boleh hidup....

Fitnah punya fitnah pun akhirnya gigit jari jua....#lainkalilah

Lain kali kalau nak buat fitnah pun biar logik sikit. Dalam dunia ini semua orang-orang kaya nak bawa wang mereka untuk disimpan di Switzerland. Kerana di sana tempat yang paling selamat dari sudut kerahsiaan untuk menyimpan wang . Di Malaysia tak selamat kerana ada manusia macam Rafizi yang sesuka hati mak bapak dia mendedahkan akaun bank orang lain. Mengaku akauntan tetapi BAFIA tak tahu. 

Dalam kes emel layang yang disebarkan, dikatakan Rosmah meminta bantuan untuk memindahkan wangnya dari Switzerland. Apa punya bodoh si pemfitnah.... Orang semua berebut-rebut nak angkut duit pergi Switzerland, dia pula buat cerita orang nak pindah duit dari Switzerland. Lain kali buat homework betul-betul sebelum menyebarkan fitnah. Jangan jadi Mat Sabu yang mendakwa polis merempuhnya dengan Land Rover. 

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Pejabat Perdana Menteri kerana telah membuka satu lembaran baru hari ini. Selepas ini apa sahaja yang fitnah buat sahaja laporan polis dan saman. Kita berharap perkara ini akan berkekalan. Ikut sahaja cara Singapura...

Sesebuah sekolah akan jadi huru-hara dan murid akan rosak jika cikgu disiplin atau pengetua tidak tegas. Memang akan ada murid atau ibu bapa yang tidak suka dan membantah bila guru tegas. Tetapi bila keluar keputusan peperiksaan hasilnya akan memuaskan. Dan semua ibu bapa serta murid akan gembira. Kemudian semua pakat ucap terima kasih kepada cikgu. "Terima kasih cikgu kerana telah mendidik saya hingga saya berjaya". Itulah ungkapan yang sering kita dengar apabila mereka mendapat keputusan yang baik. 

Begitu juga dengan negara....kerajaan mesti tegas menguatkuasa undang-undang untuk menjadikan rakyat lebih disiplin. Apabila rakyat disiplin negara akan maju. Lihat contoh di Singapura. Bila kerajaan tegas mestilah ada yang tak puas hati. Persetankan sahaja mereka yang tak puas hati. Yang penting negara mesti maju dan kerajaan jaga kebajikan serta poket rakyat. 

Cukuplah 5 tahun kerajaan kita berlembut atas nama demokrasi. Nak berdemo, nak berentap dengan polis, nak tabur fitnah, nak meliwat dan sebagainya. Jangan ambil Indonesia sebagai contoh negara demokrasi terbaik. Kerana mereka mengamalkan demokrasi terbaik sampai boleh demo 16 kali sehari membuatkan negara mereka tak maju dan jauh ketinggalan dari kita. Pelabur asing nak masuk pun takut. 

Jika kerajaan hari ini terus berlembut sepertimana 5 tahun yang lepas, jawabnya 5 tahun lagi hancurlah negara kita. Rakyat akan jadi tiada akhlak, tiada moral, tiada disiplin dan sebagainya. Apabila rakyat sudah jadi begitu maka hancurlah sesebuah negara. 

Tuesday, May 21, 2013

Pehin Seri Taib Mahmud Layak Dinobatkan Sebagai Tokoh Politik Paling Hebat


Jika ada anugerah tokoh politik paling hebat di Malaysia tidak lain tidak bukan Ketua Menteri Sarawak,Pehin Seri Abdul Taib Mahmud adalah satu-satunya tokoh yang layak diberikan anugerah itu. 

Memulakan karier politiknya pada 1963 di peringkat negeri Sarawak , kemudian berpindah ke pusat, kembali semula Sarawak dan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 1981, dan bertahan sehingga ke hari ini. 

Kita semua tahu selepas PRU 2008, PKR dan DAP cuba mengasak Taib Mahmud habis-habisan. Tak cukup dengan mereka, NGO-NGO antarabangsa pun turut serta. Semuanya dengan satu matlamat iaitu menumbangkan Taib Mahmud. Tapi sayangnya mereka gagal....

Walaupun pelbagai gelombang yang mereka cuba buat, pelbagai fitnah yang mereka cuba taburkan, Taib Mahmud tetap utuh dan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 pada pilihan raya negeri Sarawak tahun 2011. 

DAP, PKR dan NGO antarabangsa cuba lagi mengasak Taib Mahmud untuk menghadapi PRU 13. Mereka buat satu video yang memaparkan lakonan saudara Taib Mahmud sendiri. Tapi mereka gagal lagi....

Taib Mahmud tetap utuh dan teguh. Sarawak menjadi negeri yang menyumbang kerusi parlimen terbanyak kepada BN untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Sebelum PRU 13 Taib Mahmud berjanji dengan PM bahawa Sarawak boleh menyumbang 24 kerusi. Bila keluar keputusan mereka sumbang 25 kerusi daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Lebih dari sasaran....

Lebih memedihkan hati DAP dan memilukan hati PKR apabila parti yang dipimpin Taib Mahmud (PBB) menang 100 peratus di kerusi yang mereka tandingi. Bertanding 14 kerusi, menang pun 14 kerusi. 

Gila DAP dan PKR dibuatnya.....makin mereka fitnah , makin kuat Taib Mahmud....

Selepas PRN Sarawak 2011, ramai orang yang kata sekiranya Taib Mahmud tidak berundur sebelum PRU 13 maka BN akan menerima keputusan yang buruk di Sarawak. 

Sekarang apa cerita ???

Ada ke mana-mana pemimpin politik dalam dunia ini daripada negara-negara yang mengamalkan sistem pilihan raya seperti kita yang boleh bertahan 50 tahun ? Bukan 20 tahun , bukan 30 tahun , tapi 50 tahun (1963-2013) Taib Mahmud boleh bertahan dan masih mampu untuk berikan keputusan yang cermerlang. Dan beliau sendiri tidak pernah kalah bertanding dalam pilihan raya. 

Kejayaan Taib Mahmud adalah satu kejayaan yang luar biasa. Untuk mencapai kejayaan yang luar biasa tentulah ada ramuan rahsia yang tersendiri. Oleh yang demikian sementara beliau masih sihat dan sementara beliau masih dikurniakan hayat oleh Allah SWT , maka adalah baik kiranya pemimpin-pemimpin politik BN dapat menuntut ilmu daripadanya. 

Tahniah Pehin Seri...

Terima kasih rakyat Sarawak kerana terus memberi sokongan kepada BN....

Monday, May 20, 2013

Azran Osman-Rani Ahli Perniagaan Paling Bodoh Di Malaysia


Sudah menjadi lumrah bagi mana-mana orang berniaga untuk mengelak bercakap tentang politik secara terbuka. 

Kebanyakan mereka tidak menunjukkan sikap cenderung mereka terhadap mana-mana parti politik. Sebabnya mereka tidak tahu pelanggan mereka penyokong parti mana. Silap bercakap perniagaan mereka boleh terjejas.

Makcik Limah yang jual goreng pisang kat kampung sekali pun , jika ditanya pada dia, "mak cik sokong parti mana ?"  Paling kuat pun dia akan tersipu-sipu sambil gelak-gelak jawab "mak cik sokong semua, mana yang elok"

Dalam hal ini ternyata mak cik Limah jauh lebih cerdik berbanding dengan CEO Air Asia yang bodoh nak mampus. Tidak pernah terjadi dalam Malaysia ini seorang ahli perniagaan sebuah syarikat terkemuka menyatakan secara terbuka kecenderungan politiknya. Soal mereka penyokong dan undi parti mana tiada orang tahu. 

Azman Mokhtar di Khazanah, Wahid Omar di Maybank dan banyak lagi bos-bos syarikat lain yang kerajaan BN kuasai, pernah anda dengar Azman , Wahid dan bos-bos yang lain mengeluarkan kenyataan berbaur politik yang menghentam DAP atau surat khabar cina ? 

Jika mereka nak lakukan , lebih dari apa yang dilakukan oleh CEO Air Asia mereka boleh lakukan kerana mereka berada dalam syarikat yang kerajaan BN ada kepentingan. Tetapi mereka tidak lakukan itu kerana menjaga kepentingan perniagaan mereka. 

Sebab itu saya kata Azran Osman-Rani adalah satu-satunya ahli perniagaan yang paling bodoh dalam Malaysia. Tak pandai menjaga kepentingan perniagaan syarikatnya. Sekarang ambil kau ! Macam-macam cerita pasal Air Asia akan keluar selepas ini. 

Lain kali nak berniaga buat cara nak berniaga....tak payah nak kalut campur hal politik. Sampai masa mengundi pergi mampuslah kau nak undi DAP pun. 

Sunday, May 19, 2013

Harga Iklan Air Asia Lebih Murah Daripada Harga Iklan Jamu


Nampaknya Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman -Rani enggan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya mencemuh akhbar Utusan Malaysia yang dituduhnya rasis.

Beliau bukan sahaja gagal membuat tafsiran yang betul daripada laporan yang disiarkan bertajuk Apa Lagi Cina Mahu? pada terbitan 7 Mei lalu malah memperlihatkan sikap angkuh.

Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam reaksinya pada sidang akhbar, mempertahankan laporan tersebut. ‘‘Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina."

Jawapan Najib itu secara spontan mendapat tepukan daripada para wartawan yang hadir. Isunya, sampai hari ini, Air Asia yang menaungi Air Asia X apatah lagi Azran tidak ambil sikap tanggungjawab malah lepas tangan kononnya ia pandangan peribadi.

Awang hairan, Utusan tidak usik Air Asia, tiba-tiba Azran tampil dengan kenyataan bersama ugutan menarik balik iklan. Jika pun beliau terdorong untuk menyokong pembangkang, itu bukan caranya. Menuduh Utusan rasis tanpa faham sepenuhnya laporan tersebut selain ugutan berkaitan iklan, adalah keterlaluan.

Dalam isu tersebut, Awang mengucapkan terima kasih kepada seluruh pembaca, badan-badan bukan kerajaan (NGO) , para pengendali blog dan banyak pihak lagi atas sokongan kepada Utusan.

Ramai yang marah kepada Azran dan Air Asia dan tidak perlu Awang ulang hujah-hujah mengenainya.

Awang juga tidak mahu mengungkit betapa Utusan telah banyak memberi bantuan antaranya, dengan tidak menyiarkan banyak perkara negatif berkaitan Air Asia.

Cuma Awang ingin mencadangkan supaya Kumpulan Utusan tidak lagi menerima iklan Air Asia selagi tiada permohonan maaf . Biarlah iklan syarikat itu ada pada akhbar lain tetapi bukan Utusan.

Tanpa iklan Air Asia, Utusan tidak akan hadapi masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut.

Ingatlah Air Asia bukan satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia. Kepada yang berbudi, kita berbahasa terutama Penerbangan Malaysia yang servisnya lebih baik dan kental nasionalismenya.

Semua orang tahu Air Asia banyak masalah dan isu. Aduan pengguna melambak-lambak. Opps, kalau ada bantahan terhadap Awang , harap-harap bos besar Utusan akan menjawab bahawa itu pandangan peribadi penulis - sebagaimana reaksi bos Air Asia - lepas tangan.


BISIK-BISIK AWANG SELAMAT MINGGUAN MALAYSIA 19 MEI 2013


RBF: Saya sokong Utusan Malaysia hentikan menerima iklan dari Air Asia. Apabila terima iklan mereka Utusan Malaysia akan terikat untuk menyiarkan berita-berita mengenai keburukan Air Asia. Sebab itu kita tidak melihat mana-mana akhbar menyiarkan berita atau aduan orang ramai tentang keburukkan Air Asia. Sebab mereka beli iklan di semua akhbar untuk menutup berita-berita buruk mereka disiarkan.

Paling teruk dan tidak boleh diterima dek akal adalah bayaran yang dikenakan untuk daftar masuk dan bayaran untuk bagasi. Bagi kita yang biasa dengan perkara-perkara online tidak menjadi masalah untuk daftar masuk di kiosk atau di internet. Bagi orang yang tidak tahu tentang online, mereka kena bayar.

Daftar masuk secara online atau di kiosk layan diri pun tidak menyelesaikan masalah. Jika anda ada bagasi yang perlu didaftar masuk, maka anda kena beratur pula sekali lagi di kaunter.

Satu perkara lagi yang kita mungkin tidak ambil tahu adalah tentang cukai lapangan terbang. Sebarang tiket Air Asia yang kita beli akan dimasukkan bersama dengan bayaran cukai lapangan terbang. Jika di LCCT tidak silap saya bayarannya RM 26.00 seorang.

Jika anda tidak terbang atau anda terlepas pesawat, tiket anda akan hangus. Ingat ! Yang hangus hanya bayaran tiket penerbangan Air Asia sahaja. Bayaran cukai lapangan terbang tidak hangus. Pernahkah kita menuntut bayaran cukai lapangan terbang berkenaan ?

Saya yakin ramai yang tidak ambil peduli....

Adakah Air Asia membayar cukai lapangan terbang berkenaan kepada pihak Malaysia Airport ?

Saya yakin tidak....

Sebab kita tidak daftar masuk , bagaimana mereka nak kira ? Mereka kira melalui boarding pass yang dikeluarkan. Bagi penumpang yang tidak daftar masuk mereka tidak ada boarding pass.

Habis tu wang cukai lapangan terbang yang telah dibayar semasa membeli tiket , kemana perginya ?

Adakah kepada Azran Osman-Rani ?

Cuba anda bayangkan sehari berapa ramai yang telah membeli tiket tetapi tidak meneruskan perjalanan, kali dengan 30 hari , kali dengan 12 bulan. 

Saturday, May 18, 2013

Cina DAP Memanaskan Lagi Keadaan


Jika Utusan Malaysia tanya apa lagi cina mahu ramai yang melompat kononnya perkauman, rasis, perpecahan kaum dan sebagainya. 

Sekarang mari kita lihat apa yang cina DAP kata, 


MCA TUNDUK KEPADA UMNO, SEKARANG TUNDUK KEPADA SULTAN. MCA TIDAK BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN SENDIRI. 

Kata-kata itu diungkapkan berikutan penjelasan oleh Presiden MCA berhubung perlantikan wakil MCA sebagai Exco Johor. Chua Soi Lek dalam kenyataan itu menyatakan bahawa beliau terpaksa akur dengan perkara tersebut berikutan ianya melibatkan kuasa Sultan Johor. Lihat di sini

Umum mengetahui bahawa Sultan Johor yang mahukan wakil masyarakat cina berada dalam kerajaan Baginda. Itu cukup untuk menggambarkan sikap keterbukaan dan tidak rasis seorang Raja Melayu.

Tindakan Chua Soi Lek patuh kepada arahan Sultan Johor selaras dengan perkara kedua dalam Rukun Negara.

Tapi si bangsat DAP itu cuba mengapi-apikan keadaan kononnya cina MCA tunduk kepada Sultan melayu.

Kalau kita kata mereka pendatang mereka marah. Mereka kata mereka rakyat Malaysia dan perlu dapat hak sama rata dengan kaum bumiputra.

Rakyat Malaysia apa ke jadahnya jika Rukun Negara pun kau tak faham ?

Kita sudah bosan dengan laporan-laporan polis yang dibuat seluruh negara. Dulu pun dia pernah memperlekehkan orang islam yang membuat bantahan berhubung pernerbitan sebuah filem yang menghina islam.

Kita mahu tindakan...

Friday, May 17, 2013

Belum Dua Minggu Bentuk Kerajaan Menteri Dah Bercakap Pasal GST


KUALA LUMPUR: Malaysia mampu memperolehi pendapatan negara mencecah sehingga RM27 bilion, jika cadangan cukai barangan dan perkidmatan (GST) dilaksanakan pada kadar 7 peratus, seperti di negara jiran, Singapura.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, perlaksanaan kadar cukai baru tersebut mendorong kepada pertambahan pendapatan dari RM20 bilion kepada RM27 bilion, apabila mencapai tempoh matang.

"Tempoh matang itu adalah apabila rakyat Malaysia mula menyumbang kepada GST. Ia perlu dilaksanakan segera sebaik sahaja mereka bersedia menerima mekanisme tersebut," jelasnya.

Berucap di forum "PRU13 - Apa Maknanya kepada Perniagaan?" hari ini, Idris menerangkan maklumat tentang GST dan cara ia menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara supaya rakyat negara ini memahami dan menerima perlaksanaan cukai itu nanti.

GST itu katanya, akan menyediakan dana tambahan kepada kerajaan sebagai perbelanjaan kepada rakyat Malaysia, sepertimana mana yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN), sebelum PRU13 lalu.

"Walaupun perlaksanaan cukai baharu diperkenalkan, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap komited dalam menurunkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi.

"Cara ini menunjukkan kerajaan mahu keseimbangan dalam semua perkara yang dilakukan, sama ada dari segi ekonomi atau politik," demikian menurut Idris, yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

Dalam masa yang sama beliau turut menafikan janji-janji yang dibuat kerajaan semasa pilihan raya lepas akan meningkatkan hutang keluaran dalam negara kasar (GDP), dari kadar 53 peratus sekarang.

Katanya, kerajaan komited dalam mengekalkan hutang di bawah 55 peratus, berbanding siling GDP yang pernah ditetapkan sebelum ini.

"Semasa di Forum Ekonomi Dunia di Davos, apabila saya mencadangkan perlaksanaan Malaysia untuk tetapkan 55 peratus siling hutang GDP, ramai pakar ekonomi dan pemimpin mengatakan ia mustahil."

"Ia disebabkan negara Malaysia unik kerana masih mempunyai hutang di bawah 55 peratus," kata Jala dan menambah negara seperti Singapura (100 peratus hutang GDP), United Kingdom (80 peratus) dan Perancis (81 peratus).

Idris percaya matlamat negara berpendapatan tinggi boleh dicapai awal 2 tahun, berdasarkan usaha ekonomi kerajaan dan sektor swasta, dan menambah Malaysia di trek yang kukuh untuk mencapai lebihan belanjawan menjelang 2020.

Tambahnya, tempoh 4 tahun lepas dengan Najib sebagai Perdana Menteri, defisit belanjawan negara menurun tahun demi tahun, dan memberi jaminan pencapaian ini akan berterusan.

"Tahun lepas, ia sebanyak 4.5 peratus, dan tahun ini kita jangka akan menurun lagi kepada 4 peratus. Jika segala usaha dijalankan, saya percaya kita memperolehi lebihan belanjawan tersebut," terang beliau.

Peranan kerajaan dalam perniagaan, kata Idris, peningkatan perniagaan akan berlaku pada tahun ini.

Melalui Peranan Kerajaan dalam Perniagaan (GRIB), Jala berkata kerajaan telah kurangkan atau hentikan kepentingan dalam 13 syarikat, daripada 33 entiti yang dikenal pasti oleh PEMANDU.


Ini masalahnya apabila orang yang bukan politik diletak dalam sebuah kerajaan yang ditubuhkan hasil dari perjuangan politik.

Dia main cakap ikut sedap mulut dia sahaja....

Dia bukannya ada kawasan pilihan raya yang perlu dijaga. Dia bukan berdepan dengan pengundi-pengundi di dun atau parlimen. Malah dia tak faham apa masalah rakyat dan wakil rakyat di akar umbi. 

Kita baru menang tak sampai dua minggu lagi dan kerajaan yang ada pun tak stabil lagi, dia dah bercakap benda yang tak patut diucapkan. Bukan tak sepatut diucapkan , malah tidak perlu dilaksanakan pun di Malaysia. 

Jangan hanya memikirkan pendapatan kerajaan , poket kami pun kamu kena fikir....

Pengundi Bangla Berpaling Tadah


Puluhan ribu pengundi Bangladesh tidak membantu BN dalam PRU yang lepas...

Susah-susah angkut mereka untuk datang mengundi BN supaya BN menang 2/3, tapi akhirnya mereka undi PAS,PKR dan DAP.

Dulu tanpa pengundi bangla BN ada 140 kerusi....

Sekarang ada pengundi bangla tinggal 133 kerusi ja...

Cilakak punya bangla, orang suruh undi BN kau pergi undi PAS,DAP dan PKR pula....